LUAHAN HATI NUR SYAFIQA DITOREH PENYAMUN
LUAHAN HATI NUR
SYAFIQA DITOREH PENYAMUN | PASIR PUTEH: Ketika sesetengah orang mungkin
lebih rela dirogol daripada dicederakan, seorang gadis cantik, Nur
Shafiqa Lah, 22, bertindak sebaliknya apabila dia sanggup melawan
penyamun sehingga menyebabkan wajahnya ditoreh dengan pisau. Dia sanggup
menggadai keselamatan demi menjaga kesucian dirinya.
Berkongsi
kembali detik cemas kejadian itu, menurut Nur Syafiqa, dia bertindak
melawan suspek yang merompak rumah keluarganya di Kampung Wakaf Berangan
dekat sini Ahad lalu kerana suspek cuba mer0g0l dengan mengheretnya ke
dalam sebuah bilik.
"Saya terpaksa
tanggung kesakitan apabila ditoreh dengan pisau tajam sehingga
berlumuran darah di atas katil sebuah bilik selepas suspek terbabit
gagal dalam cubaan memperk0sa saya.
"Tindakan saya
adalah untuk mempertahankan maruah dan kesucian diri. Saya bersyukur
kerana terselamat," luah Nur Syafiqa yang masih trauma.
Dalam kejadian
rompakan didalangi dua lelaki yang memakai topi keledar pukul 2 petang
Ahad lalu itu, gadis tersebut terpaksa menerima hampir 30 jahitan
selepas wajahnya ditoreh salah seorang suspek yang turut berjaya
menyamun pelbagai barangan berharga lain bernilai RM10,000.
Ketika
kejadian, selain Nur Syafiqa, ibu mangsa, Hat Tema Mat Zin, 58, dan
adiknya, Nur Syafatini, 18, turut berada di dalam rumah.
Anak kelima
daripada enam adik beradik itu memberitahu dia redha andai parut kesan
torehan pisau pada wajahnya kekal berikutan tindakan dia melawan
penjenayah tersebut adalah demi menjaga maruah diri.
"Saya berharap
suspek yang bertutur dalam dialek Kelantan itu ditangkap segera oleh
pihak polis sebelum wanita lain menjadi mangsanya," pintanya ketika
ditemui selepas kunjungan prihatin Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menyerahkan sumbangan
RM5,000 kepadanya di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek terbabit.
"Polis yakin
akan dapat menangkap kedua-dua suspek dalam masa terdekat kerana percaya
mereka tinggal tidak jauh dari kawasan lokasi kejadian," katanya.
No comments:
Post a Comment