Wednesday, December 24, 2014

Lori jatuh gaung akibat tanah runtuh di Jalan Timur-Barat


Lori jatuh gaung akibat tanah runtuh di Jalan Timur-Barat

GERIK: Sebuah lori terjatuh ke dalam gaung selepas berlaku tanah runtuh di Kilometer 63, Jalan Timur Barat, berdekatan kawasan Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa, dekat Gerik, malam tadi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.59 malam.
"Sebaik tiba anggota mendapati berlaku kejadian tanah runtuh dan mengakibatkan sebuah lori terjatuh ke dalam gaung," katanya.
Beliau berkata, sehingga kini operasi menyelamat masih dilakukan.
Difahamkan, pemandu lori berkenaan terselamat kerana kenderaan itu jatuh secara perlahan-lahan ke dalam gaung berkenaan.

Monday, December 22, 2014

Pajak barang kemas, public gold bar, dan dinar di Ar-rahnu(Pajak Gadai Islam)

Assalamu Alaikum Wallpapers picture Dan Salam 1 Malaysia

Hari ini saya nak kongsi sedikit kisah mengenai pajak gadai barang kemas, gold bar ataupun dinar.

Di pendekkan cerita, saya nak keluarkan modal untuk pelaburan rumah tapi tak cukup cash. Tergerak la hati nak pajak barang kemas dan gold bar sehingga dapat balik duit dari KWSP. Akan tetapi ada sedikit masalah dengan pajakan barang kemas ni. Mula-mula pergi ker Ar rahnu X'change Puchong Utama, sebab dekat dengan rumah kan. tapi bila ditanya, cawangan ni hanya ambil barang kemas sahaja.

Tu pun yang jenis 916. kalau 999 dan lain-lain dia tak terima. Kemudian pergi ke Ar Rahnu Bank Rakyat cawangan Bandar Puteri Puchong. Cawangan ni pula hanya terima barang kemas tanpa permata, dan gold bar tapi dengan syarat ada resit+sijil gold bar tu. Malang skali saya tak ada resit, hanya ada sijil gold bar sahaja. Staff dia cakap boleh cuba pergi ker Ar-rahnu Yapeim dekat Seri Kembangan atas bukit selepas Jusco katanya.

Bila fikir balik teringat pula tentang Ar-rahnu Pos Malaysia. Apa lagi terus google guna fon.jumpa la alamat kat area Kelana Jaya SS6. Takut juga kalau main redah je nanti kalau tak terima gold bar ke apa ke buat penat je pergi sana. Call no cawangan Kelana Jaya tu, lepas bercakap dengan staff Ar-rahnu Pos Malaysia memang konfirm dia terima gold bar tanpa resit.dia hanya mahu sijil sahaja. (fiuhh selamat, kalau x jenuh la kene cari canwangan bank lain,, adoiii).

Sampai je kat cawangan Pos Kelana Jaya, baru tahu dia buka ar rahnu dalam pos malaysia office kat kelana jaya tu. Kemudian tunjuk la kat diorang gold bar, cincin dan rantai leher. dia pon timbang dan tunjuk berapa harga barang dan harga marhum yang kita layak pinjam. nak xnak kena setuju sebab dah malas cari bank lain. Pada masa tu la saya tengok harga pasaran pos malaysia lagi rendah banding dengan harga pasaran ar rahnu bank rakyat. Secara kasar nyer masa pergi bank rakyat harga semasa emas 999 ialah rm153. tapi di pejabat pos harga emas 999 rm133. cume kelebihan pos malaysia dia bagi pinjam sehingga 75% dari harga asal. akan tetapi ar rahnu bank rakyat hanya bagi pinjam 65% dari harga asal.

Sebagai kesimpulanye, kepada pembeli-pembeli gold bar yang baru nak buat pelaburan emas ni, selidik dahulu kawasan anda ada ar rahnu terdekat dan jenis emas yang diambil dan kos yang kita perlu bayar bagi setiap marhum yanag kita pinjam. Sebab setengah cawangan ar rahnu hanya ambil barang kemas(emas 916), ada cawangan yang ambil gold bar tetapi perlukan Resit pembelian dan sijil untuk dipajak. Ada cawangan yang hanya terima barang kemas tetapi tak terima barang kemas yang ada permata berlian, dan ada juga cawangan yang terima semua jenis gold bar/ dinar/dan barang kemas untuk dipajak. Mengikut pengalaman saya, Ar-rahnu pos malaysia yang terbaik sebab dia terima smua jenis emas, kos simpan hanya serendah rm0.65 per rm100 marhum yang kita pinjam dan dia terima semua jenis gold bar tanpa resit, hanya perlu sijil gold bar sahaja. Kalau tak urgent nak pakai duit tak apa boleh survey market pelan-pelan. tapai bagi kes saya yanag urgent nak pakai duit, memang rasa rushing sangat cari bank sana sini. agak menyesal juga sebab xstudy awal2 syarat2 nak pajak baranag kemas ni.haha..apa2 pun semua nya berjalan lancar walaupun tidak selancar yang disangka.

Saya ada diberitahu yang hanya bank rakyat kl sahaja perlu sijil+resit gold bar untuk dipajak. Kalau area Johor bank rakyat xperlu resit pun, dia hanya perlu sijil gold bar sahaja. tu yang lagi pening.

Anda boleh cari banyak lagi info tentang ar rahnu yang sediakan pajakan barang kemas dan gold bar di website.



Jenis Emas yanag diterima di Ar rahnu Pos Malaysia
Kos Simpan untuk setiap rm100 marhum













Contoh harga emas semasa
















Ada banyak cara lagi dalam pelaburan emas, semua bergantung mengikut keadaan anda. Ada org beli emas dan simpan dirumah. Ada org simpan emas di bank dan ada org beli emas dan simpan di ar rahnu.Semua ada pro dan con. Rajin2 la membaca.


Selamat Membaca
Wassalam